Saturday, September 18, 2010

SOALAN SIDANG OKTOBER 2010

1. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI KEWANGAN nyatakan jumlah bantuan kewangan yang ditarik balik selepas pemberian wang ehsan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah di negeri Kelantan.

2. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN TELEKOMUNIKASI nyatakan berdasarkan kajian pihak kementerian, apakah sebab sebenar masalah bekalan air bersih belum dapat diselesaikan sepenuhnya di negeri Kelantan.


4. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta PERDANA MENTERI nyatakan kes-kes jenayah dan pergaduhan yang dikategorikan berpunca dari masalah perkauman mengikut negeri-negeri sejak tahun 2000 hingga sekarang.

5. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENGANGKUTAN nyatakan adakah pihak kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengukur jumlah kenderaan yang seharusnya berada di atas jalanraya bagi mengelakkan kesesakan, kemalangan dan malapetaka lain.

6. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUSAHAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI nyatakan adakah kerajaan bercadang memperkenalkan industri pertanian baru seperti sarang burung layang-layang (walit) bagi menggantikan industri tembakau dan kenaf yang kini kelihatan semakin berkubur.

7. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI nyatakan setelah kerajaan pusat mengakui wujudnya keluaran petroleum dalam kawasan Kelantan dengan pemberian wang ehsan, apakah program yang dirancang bagi membolehkan rakyat Kelantan menyertai industri berkaitan petroleum.

8. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR nyatakan jumlah kawasan hutan simpan minimab yang perlu ada bagi kestabilan eko-sistem di negara ini.

9. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN nyatakan rancangan bagi memulihkan rumah tinggal yang diakibatkan masalah pemilik seperti kematian tanpa waris, lari ke luar negara atau kes-kes lain.

10. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI nyatakan jumlah pelaburan untuk ternakan ikan (air tawar dan laut) serta jumlah pengeluaran yang dapat dihasilkan mengikut negeri-negeri di seluruh negara.

11. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PELAJARAN nyatakan program-program yang dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pelajar tercicir bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala buruk seperti dadah, lumba haram dan jenayah lain.

12. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI nyatakan

(a) adakah pihak Universiti Islam Antarabangsa mempunyai mekanisme bagi memantau pelajarnya yang terlibat dengan kegiatan yang bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

(b) Berdasarkan rekod, berapakah bilangan pelajar yang diambil tindakan berkaitan kesalahan berkaitan perkara ini.

13. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta PERDANA MENTERI nyatakan tindakan-tindakan yang pernah diambil terhadap pengurusan masjid dan surau kerana membenarkan orang bukan Islam melakukan perkara yang salah mengikut hukum syarak di masjid dan surau di bawah jagaan mereka.

14. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENERANGAN, KEBUDAYAAN DAN KOMUNIKASI nyatakan perkembangan cadangan mewujudkan saluran TV Islam di negara ini.

15. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI DALAM NEGERI nyatakan jumlah pegawai polis yang diambil tindakan kerana galal menyelesaikan kes akibat kecuaian semasa menjalankan tugas sejak tahun 2000 hingga sekarang.

Monday, August 23, 2010

Isu khutbah Pulau Pinang timbulkan persepsi buruk orang bukan Islam.

KENYATAAN AKHBAR

Isu khutbah di beberapa masjid di Pulau Pinang yang kononnya telah meninggalkan Yang Dipertuan Agong dan digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang nampaknya menimbulkan impak yang tidak wajar terhadap suasana harmoni masyarakat Malaysia.

Beberapa perkara perlu diberi perhatian berkaitan isu ini.

1. Sangat tidak wajar perbincangan di media dibuat dengan tidak disertakan tindakan. Siapa sebenarnya khatib terlibat?. Apa kata-kata sebenar yang dikeluarkan dalam khutbah jelas tidak ada bukti satakat ini.

2. Sekiranya perkara ini memang bersalahan dengan undang-undang, tindakan mesti diambil beradasarkan saluran yang betul dan disegerakan.

3. Cara isu ini dimainkan oleh media menjadikan Islam dilihat buruk oleh orang bukan Islam. Benarkah berdoa untuk orang bukan Islam satu kesalahan?. Ini menjadikan orang terus menuduh Islam tidak boleh diharap dalam menolong orang lain. Islam agama tidak boleh dibuat kawan. Sekadar berdoa pun salah. Apa lagi bantuan dalam bentuk lain.

Tuesday, April 6, 2010

PEDULI CENTRE

Akaun Bank

Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Pasir Puteh
03090010043262

PEDULI CENTRE

Saturday, March 27, 2010

Teks penuh YB Tuan Haji Muhammad Husain di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2010

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]: Terima
kasih Yang Berhormat, betul-betul 19 minit 30 saat. Kalau semua boleh buat macam itu
jadi masa orang lain tidak diambil. Silakan Yang Berhormat Pasir Puteh. Nama yang
jarang-jarang kita sebut Yang Berhormat, kita hendak sebut. Saya maklumkan juga lima
orang daripada Ahli Yang Berhormat dari DAP sudah bercakap, PKR enam orang, PAS
baru empat dan ini baru masuk lima orang. Kita mengadili kesemua. Silakan Yang
Berhormat Pasir Puteh.
7.44 mlm.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertamanya kerana
memberi peluang kepada saya untuk sama-sama terlibat dalam perbahasan ucapan
Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Dewan ini. Susah hendak
bercakap kerana kalau apa yang disebutkan Tuan Yang di-Pertua tadi bahawa PAS
baru yang kelima ini dan hampir sama banyak dengan BEBAS. Maknanya, saya rasa
macam BEBAS lebih mudah untuk bercakap dalam Dewan ini... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar]:
Gunakan masa yang sedikit itu Yang Berhormat, dengan sebaik mungkin.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Ini kerana BEBAS disediakan
teks ucapan juga dan macam-macam kemudahan. Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan
ini kita banyak mendengar puji-pujian diberikan kepada pemimpin. Saya hendak baca
satu sajak bagaimana orang memuji pemimpin ini bagi menzahirkan pujian kepada
pemimpin yang baik. Sajak ini sajak lama, barangkali dalam kitab-kitab yang lama
dahulu.
“Menjadi pemimpin ianya murni,
Imannya teguh kepala berisi,
Lahirnya molek batinnya berisi,
Sumpah dijunjung janji diisi,
DR. 24.3.2010
173
Menjalankan tugas sepenuh hati,
Memikul beban amat teliti,
Bersama rakyat sehidup semati,
Tahan setia menahan uji”
Itu ialah cara orang kita memuji pemimpin dahulu iaitu pemimpin yang baik. Ada
juga Tuan Yang di-Pertua orang menyebut tentang pemimpin yang tidak baik.
“Menjadi pemimpin ia munafik,
Perangai buruk lidah berbalik,
Berjanji mungkir beramanah licik,
Tipu menipu ianya cerdik,
Membohongi orang ia pun asyik,
Negeri rosak rakyat dihindik,
Dijadikan pemimpin, dunia terbalik,
Dijadikan tua, ia mencekik,
Dibuat sahabat ia khianat,
Dibuat saudara ia memfitnah”...
Ini tak boleh pakai BN ini...
“...Dibuat sekutu ia menipu,
Apabila dipercayai, ia menyalah,
Memimpin negeri akan punah ranah”
Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan sebab kita semua adalah pemimpin.
Oleh kerana itulah masing-masing kita menjaga sifat dan adab pemimpin itu. Jika tidak
ia akan menjadi ejekan kepada rakyat kita. Semalam saya pergi ke Pesta Buku
Antarabangsa di PWTC, saya jumpa satu circular mengenai penjelasan isu tuntutan
hasil petroleum kerajaan Negeri Kelantan yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan
Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Mukadimahnya
semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Semua negeri yang menandatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975 dan
1976 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang
dijumpai dalam negeri berkenaan. Ini satu fakta yang sangat salah dan pembohongan
yang besar dalam perjanjian PDA tahun 1974 itu.
Tuan Yang di-Pertua, dengan tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan, ia
akan menyempurnakan kejahatan UMNO kepada Kelantan. Setelah PAS memerintah
DR. 24.3.2010
174
Kelantan tahun 1990 yang lalu iaitu 20 tahun yang lalu, PAS Kelantan ataupun kerajaan
Kelantan.
1950
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat, boleh
minta pandangan? Maran.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Sekejap lagi. Mukadimah
baru. [Ketawa] Terengganu tidak apalah. Sejak tahun 1990 yang lalu, 20 tahun yang
lalu sejak PAS memerintah mengambil alih Kelantan, Kelantan dianaktirikan dalam
semua perkara. Bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Negeri
Kelantan yang biasanya ialah dipengerusikan oleh Menteri Besar, tetapi Kelantan
sampai sekarang bukan Menteri Besar yang pengerusikan Jawatankuasa Keselamatan
Negeri. Bagaimana boleh terjadi keselamatan sebuah negeri yang Menteri Besarnya
tidak mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Negeri itu. Ini satu jenayah besar.
Kemudian, Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat, saya
hendak laluan Yang Berhormat sedikit.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Masa tidak cukup.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Sedikit sahaja, Yang
Berhormat, sahabat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Selain daripada itu, Tuan
Yang di-Pertua, memperlengkapkan ataupun mencengkamkan lagi Kerajaan Negeri
Kelantan, ditubuhkannya JPP, Jabatan Pembangunan Persekutuan dengan sepasukan
jenteranya daripada atas sampai ke bawah...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat. Saya...
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: ...yang mengambil bajet
yang sangat besar, yang sangat membazir.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Saya hendak tanya Yang
Berhormat sedikit sahaja. Maran hendak tolong, Maran tidak ada minyak.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Saya tidak bagi.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Oh, payah tidak bagi.
[Ketawa]
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Tuan Yang di-Pertua, pasal
saya baru ini boleh bercakap. Sebab kalau hendak mudah bercakap, kena jadi BEBAS
lebih mudah bercakap. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, seolah-olah JPP ini menjadi
DR. 24.3.2010
175
kerajaan baru dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Macam ada menteri besarnya, ada
pejabat setiausaha kerajaannya, ada DOnya, ada penggawanya, ada penghulunya, ada
ketua kampungnya yang menafikan agensi kerajaan yang sedia ada. Bukankah kita ada
pejabat JKR, tetapi semua jalan diuruskan oleh JPP, bukan JKR.
Bahkan tender pun buat di Kuala Lumpur, bukan di Kelantan. JKR, engineernya
hanyalah pergi untuk check jalan sahaja. Jadi atau tidak jadi, punah atau tidak punah,
itu sahaja. Ini membazir. Dengan dibayar gaji yang cukup lengkap. Sebab itulah kita
minta Menteri jawab nanti, berapa banyak sebenarnya perbelanjaan gaji atau
peruntukan kepada JPP ini selain daripada peruntukan. Saya diberitahu bahawa SPRM
tidak pernah masuk JPP ini dan tidak pernah diaudit. Contohnya di Pasir Puteh...
Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Sedikit, sedikit, minta jalan. Boleh
masuk sedikit?
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Tidak boleh masuk juga.
[Ketawa] Ya, buang masa, buang masa sahaja.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Satu tandas awam di Pasir
Puteh...
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat, saya
dengar seloka awal ini cantik bahasanya. Saya hendak bagi komen sedikit. Memang
indah sekali. Boleh tidak? Sedikit sahaja. Sahabat ini, Yang Berhormat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Contohnya di satu tandas
awam di Pasir Puteh yang diminta Majlis Daerah Pasir Puteh melaksanakan.
Peruntukannya diberikan oleh JPP. Kalau kita buat dua pintu tandas awam itu lebih
kurang RM50,000 sahaja tetapi diclaim oleh kontraktor, RM150,000. [Disampuk] Sebab
saya tahu pasal saya pernah jadi Ketua Whip kepada Majlis Daerah Pasir Puteh. Begitu
juga dengan hal-hal lain. Saya yakin SPRM tidak boleh masuk JPP ini sebab kalau dia
masuk, semua orang rasuah daripada peringkat bawah sampai ke atas. Rasuah
semua. Inilah satu jentera kerajaan yang haram di Kelantan yang merosakkan rakyat
dan tidak menguntungkan.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Pasir
Puteh, masa cantik awal beri tadi semua sudah hilang. Saya sudah tidak percaya.
Menipu dalam Dewan. Yang Berhormat tidak beri? Sedikit sahaja.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Dan diperlengkapkan lagi.
Tidak boleh, tidak boleh. Saya teruskan, saya teruskan.
DR. 24.3.2010
176
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Kalau Maran tidak boleh,
Lenggong boleh?
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Saya teruskan. Nanti akan
datang saya benarkan. [Ketawa]
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang tidak boleh,
Maran. Ini Lenggong, Lenggong.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Yang terakhir...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Lenggong boleh tidak?
Lenggong.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Penubuhan oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, penubuhan oleh Majlis Pembangunan
Pertanian Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, ini satu lagi jenayah dibuat...
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Seksyen berapa?
Seksyen apa itu? Jenayah.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Yang berlaku pada sesi ini
lebih daripada 1,000 ekar tanah tidak boleh dilaksanakan, tidak dibuat pertanian kerana
tidak diberikan subsidi baja. Saya membaca satu ayat... [Disampuk] Memang jenayah,
memang jenayah. Memang UMNO selalu buat jenayah. Saya baca satu, daftar
penanam padi unit – saya tidak sebut unitnya. Perhatian kepada penanam padi,
“Sebelum mendaftar, penanam dikehendaki mendapat pengesahan daripada Ketua
Cawangan UMNO terlebih dahulu.”
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Ha, yang itu saya kena perbetulkan
itu. Yang Berhormat, minta laluan, Yang Berhormat. Tidak betul itu, Yang Berhormat,
tarik balik. Tarik balik, Yang Berhormat.
Seorang Ahli: Juara rakyat! Juara rakyat! UMNO juara rakyat!
Beberapa Ahli: [Menyampuk] Ini ada surat.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: You fotostat sendiri itu, Yang
Berhormat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Saya boleh bagi kepada
Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Surat itu saya pun boleh
buat dengan kebenaran Ketua Ranting PAS.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Nanti dulu, saya baca, saya
baca. Duduk dulu.
DR. 24.3.2010
177
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Hari itu Menteri sudah cakap pasal
surat itu.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Surat itu siapa pun boleh
buat, Yang Berhormat, dengan kebenaran Ketua Ranting PAS Cawangan, setakat surat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Duduk dulu.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Setakat surat, saya pun
boleh buat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Saya belum habis baca lagi
ini. Belum habis lagi. “Borang pengesahan tersebut disediakan oleh Pejabat UMNO
Bahagian Pasir Puteh... [Ketawa]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tidak betul itu.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: ...kepada Ketua Cawangan
UMNO untuk ditandatangani.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Dosa.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Surat di bawah tandatangan
PPM, Pegawai Penyelia Mukim.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Buat fitnah ini berdosa, Yang
Berhormat.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Pasir
Puteh.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Arahan, Ketua UMNO
Bahagian Pasir Puteh.
Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Pasir
Puteh.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Menteri sudah jawab. Yang
Berhormat, Menteri sudah jawab hari itu.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Saya ada bukti lagi. Baik.
Ini satu contoh sahaja, seorang wakil daripada penanam padi.
Seorang Ahli: Bagi nama.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Bagi nama, boleh – Adek
Awang bin Mat Yassin.. [Ketawa]
Beberapa Ahli: Ha, habis. [Dewan riuh]
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Kampung Kuala Tinggi, Bukit
Jawa. Surat ini dihantar pada 2 Mac 2010, dihantar kepada Setiausaha Bahagian
DR. 24.3.2010
178
Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Saya hendak minta Menteri jawab nanti. Apa tajuk dia? Kepala surat, “Penyelia
Pembangunan Mukim (PPM) ini tidak mahu tandatangan kupon baja subsidi kerajaan 15
orang petani kampung saya. Surat ini sudah sampai ke kementerian, saya minta
kementerian memberi respons kepada saya. Sebab kalau ikut surat ini bahawa mereka
ini pernah berjumpa Timbalan Menteri Pertanian di Kota Bharu iaitu ia ada sini. Pasal
Menteri itu dia kata, bagi name card dia – Dato’ Mohd. Johari Baharum.
Seorang Ahli: Dia fotostat name card itu.
2000
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Dia fotostat, orang kampung
ini dia bukan pandai sangat. Dia fotostat kad nama itu. Dia masuk sekali... [Ketawa]
Hendak bukti bahawa memang jumpa betul menteri itu... [Ketawa] Saya tidak boleh
baca surat ini, saya minta menteri jawab nanti. Sebab surat ini sudah sampai ke
kementerian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta penyelesaian subsidi baja ini
diberikan kepada Yang Berhormat Pasir Puteh.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya,
ada satu minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Yang terakhir. Banyak ini,
pasal saya jarang cakap ini... [Ketawa] Soal pelajaran. Kementerian Pelajaran. Ini saya
rasa saya perlu beri - pertama saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan
Menteri Pelajaran yang selalu rajin ke sekolah. Di Pasir Puteh hampir seluruh sekolahsekolah
kebangsaan ini dibangunkan semula. [Tepuk]
Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat, itu daripada
Kerajaan Pusat, kata tidak dapat tadi.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Ada satu masalah ialah
pelajar-pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang hendak pergi ke Mesir. Jadi
kita minta kementerian beri perhatian iaitu mengapa kita tidak pilih untuk ke Mesir itu di
Malaysia lagi. Jangan hantar pelajar ke Mesir, di sana bawa peperiksaan di sana, boleh
tidak boleh. Ini para pelajar dari STAM. Jadi kita minta supaya kementerian memberi
perhatian. Kalau tidak dapat, tidak dapat di sini bukan di sana. Itu yang kita hendak.
Yang kedua, dengan ada ura-ura semacam ada satu perbincangan ataupun keputusan
yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran soal pendidikan seks di sekolah. Saya haraplah
supaya ia dibuat kajian yang betul-betul. Bahkan saya rasa nama itu pun tidak betul.
Kalau kita mahu melahirkan satu generasi yang baik, generasi yang murni, saya rasa
DR. 24.3.2010
179
perkataan “seks” itu tidak boleh digunakan. Sebab Islam saudara-saudara sekalian, ia
mempunyai satu makna yang berlainan.
“Seks” ini bukan daripada bahasa kita dan ia mempunyai makna yang sangat
berbeza dengan pengertian kita. Kerana itulah pelajaran ini bukan tidak ada di sekolahsekolah
kita. Di sekolah Arab memang telah dilaksanakan dalam bentuk, dalam bab
Fiqah, dalam bab-bab Munakahat contohnya. Dibincangkan soal kebersihan,
dibincangkan soal aurat, dibincangkan soal perasaan malu, dibincangkan soal
pergaulan, dibincangkan soal hubungan dan sebagainya yang akhirnya boleh
membentuk satu peribadi yang baik....
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Baiklah Yang Berhormat, masa Yang Berhormat habis.
Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Jadi itulah, terima kasih
kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya menyokong.

Sunday, July 27, 2008

MAJLIS ISRAK MIKRAJ

Tarikh : 1 Ogos 2008
Masa: Lepas solat maghrib
Penceramah : Ustaz Fadzli bin Sulaiman (Qadhi Jajahan Pasir Puteh)
Tempat : Pejabat Urusan Parlimen Pasir Puteh

Monday, July 21, 2008

SOALAN PARLIMEN SIDANG OGOS

1. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI KEWANGAN nyatakan jumlah pegawai dan kakitangan kontrak (lantikan politik) yang dibiayai melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan.

2. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN TELEKOMUNIKASI nyatakan tarikh akhir yang diberikan kepada pihak berkuasa negeri-negeri untuk melaksanakan pengambilalihan aktiviti pembetongan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

4. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN nyatakan senarai persembahan-persembahan hiburan, khususnya persembahan hiburan tradisional yang didapati bercanggah dengan aqidah Islam.

5. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENGANGKUTAN nyatakan langkah-langkah yang dianggap berjaya mengurangkan kemalangan jalanraya berdasarkan penilaian pihak kerajaan.

6. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUSAHAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI nyatakan insentif yang diberi kepada usaha memajukan industri ibu kayu sebagai tanaman ganti tembakau khususnya di negeri Kelantan.

7. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI nyatakan jumlah pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara serta bidang-bidang yang diterokai syarikat-syarikat terbabit.

8. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR nyatakan kedudukan tahap pencemaran sungai di negera ini serta nyatakan kaedah-kaedah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memulihara sungai-sungai yang dikategorikan sebagai tercemar.

9. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN nyatakan sejauhmana kenaikan kos dalam industri pembinaan akibat kenaikan mendadak harga bahan bakar berasaskan petroleum akan memberi kesan kepada proses penyediaan rumah kediaman kepada penduduk negara ini.

10. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI nyatakan jumlah kerugian akibat kebakaran bot-bot laut dalam yang berlaku di pelabuhan Tok Bali akhir Jun lepas.