Monday, July 21, 2008

SOALAN PARLIMEN SIDANG OGOS

1. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI KEWANGAN nyatakan jumlah pegawai dan kakitangan kontrak (lantikan politik) yang dibiayai melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan.

2. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN TELEKOMUNIKASI nyatakan tarikh akhir yang diberikan kepada pihak berkuasa negeri-negeri untuk melaksanakan pengambilalihan aktiviti pembetongan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

4. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN nyatakan senarai persembahan-persembahan hiburan, khususnya persembahan hiburan tradisional yang didapati bercanggah dengan aqidah Islam.

5. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENGANGKUTAN nyatakan langkah-langkah yang dianggap berjaya mengurangkan kemalangan jalanraya berdasarkan penilaian pihak kerajaan.

6. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUSAHAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI nyatakan insentif yang diberi kepada usaha memajukan industri ibu kayu sebagai tanaman ganti tembakau khususnya di negeri Kelantan.

7. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI nyatakan jumlah pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara serta bidang-bidang yang diterokai syarikat-syarikat terbabit.

8. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR nyatakan kedudukan tahap pencemaran sungai di negera ini serta nyatakan kaedah-kaedah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memulihara sungai-sungai yang dikategorikan sebagai tercemar.

9. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN nyatakan sejauhmana kenaikan kos dalam industri pembinaan akibat kenaikan mendadak harga bahan bakar berasaskan petroleum akan memberi kesan kepada proses penyediaan rumah kediaman kepada penduduk negara ini.

10. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI nyatakan jumlah kerugian akibat kebakaran bot-bot laut dalam yang berlaku di pelabuhan Tok Bali akhir Jun lepas.

No comments: