Saturday, May 17, 2008

Berita: Muslimat beri sumbangan besar kepada Pas

Pasir Puteh , 17 Mei - Muslimat PAS yang dikatakan memberi sumbangan yang cukup besar dalam parti itu dalam membantu kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum lalu diminta agar terus komited dalam perjuangan.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husain berkata beliau tidak menafikan peranan Muslimat PAS yang begitu penting bagi memastikan kerajaan negeri diterajui parti itu.

"Saya berharap agar Muslimat terus memperkemaskan perjuangan sehingga ke pilihan raya akan datang," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh Kali ke 35 di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh di sini semalam.

Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Pasir Puteh, Kalthom Othman.

Sebagai menghargai sokongan Muslimat, Muhammad dan pemimpin PAS setempat sedia memberi ruang kepada Muslimat untuk menilai pemimpin yang mereka pilih.

"Pemimpin mungkin terdedah kepada sikap megah dan lupa diri, rakyat yang menyokong perlu membetulkan keadaan sekiranya berlaku situasi terseut," tambah beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya berkata sambutan baik daripada Muslimat untuk mensyuarat agung kali ini jelas menggambarkan semangat perjuangan yang jitu.

Menurut beliau, semangat yang ditunjukkan Muslimat juga membantu PAS mencipta kejayaan dan semangat tersebut perlu berterusan sehingga ke pilihan raya akan datang.

"Saya minta kepada semua agar jangan leka dengan kemenangan yang dicapai kerana Allah boleh menarik balik kejayaan tersebut," jelas beliau.

Oleh itu, semua ahli parti perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengisi kejayaan tersebut dengan program yang selaras dengan dasar kerajaan negeri. - Sinar Harian Eidisi Timur.

Tuesday, May 13, 2008

KENYATAAN MEDIA

BANTAHAN TERHADAP CADANGAN UNIVERSITI MALAYA MOHON JUAL TANAH

Sebagaimana dilaporkan media (Utusan Malaysia – 20 Februari 2008) pihak Universiti mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk membangunkan tanah seluas 27.5 ekar (11 Hektar) dari keseluruhan tanah kampus utamanya seluas 900 ekar (360 hektar)

Tindakan ini perlu dibantah kerana tanah tapak Universiti Malaya merupakan lokasi strategik yang mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai.

Penjualan ini akan membawa implikasi berikut:

1. Menghilang dan menghakis peranan dan integriti universiti sebagai tempat membina intelektual kelas pertama.

2. Hilang fokus sebagai intitusi pendidikan dan akademik yang merupakan “core business” universiti.

3. Universiti Malaya tidak mengambil kira keperluan pelajar dan kakitangan akademik termasuk tempat kediaman pelajar yang terpaksa dibuang kolej akibat kekurangan tempat di kolej kediaman sedia ada.

4. Tindakan ini tidak menunjukkan kepekaaan universiti terhadap masalah kemerosoton “ranking” universiti di peringkat antarabangsa.

5. Universiti Malaysia semakin kehilangan kawasan untuk aktiviti pelajar dan lain-lain unit dalam dalam university seperti persatuan kakitangan, PALAPES dan persatuan Alumni.

Kenyataan bersama

MOHD NASIR ZAKARIA

(Ahli Parlimen Padang Terap, mantan Presiden PMIUM 1988-89)

MUHAMMAD HAJI HUSAIN

(Ahli Parlimen Pasir,Puteh mantan Presiden PMIUM 1983-84)

Friday, May 9, 2008

DRAF TEKS UCAPAN

1. 18 Tahun Kelantan didera Kerajaan Persekutuan

a) Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
b) Perlantikan struktur pentadbiran peringkat kampung dan daerah yang bertindih dengan pentadbiran kerajaan negeri
c) Pelaksanaan projek yang tidak melalui pengesyoran kepimpinan dan pentadbiran negeri sebaliknya didalangi oleh Umno.
d) Pelaksanaan projek melalui pemberian kontrak terus kepada kontraktor tanpa konsultasi pihak berkuasa negeri. Banyak kes terbengkalai tidak diselesaikan kerana pihak negeri dan PBT tidak dapat membuat pengawasan.
e) Projek pasang siap mahu dipaksakan - kes terbaru keluhan KEMAS yang gagal wujudkan kompleks aktiviti kononnya pihak negeri tidak kerjasama. Hakikatnya perancangan sesuatu projek dibuat secara misteri seolah-olah cuba disembunyi dari pihak kerajaan negeri.
f) Program kebajikan rakyat khususnya melalui kementerian pelajaran dijadikan alat politik Umno secara terang-terangan. Program penyampaian bantuan pelajar miskin dibuat oleh pemimpin Umno dan majlis-majlis seperti itu diperalatkan sepenuhnya seolah-olah program Umno dan bukan program kerajaan. Dalam kawasan saya sewaktu kempen pilihanraya baru-baru ini, hadiah kepada ibu bapa dibungkus dengan lambang dacing.

2. PBT dipinggir dalam menyelenggara proses urbanisasi

42. Globalisasi dan proses perbandaran merubah corak dan
perkembangan ekonomi, sosiobudaya serta sistem nilai dalam sesebuah
masyarakat. Usaha-usaha bagi menangani perubahan ini memerlukan
tindakan bersepadu dan komitmen semua pihak. Sehubungan ini,
Kerajaan Beta telah memulakan langkah yang tepat dan bijaksana untuk
melaksanakan Transformasi Kebajikan Masyarakat bagi meningkatkan
lagi keberkesanan sistem penyampaian kepada kumpulan sasar,
memperluaskan jangkauan ke peringkat akar umbi lantas memudahkan
proses integrasi mereka ke dalam masyarakat. - Sedutan titah SPB Yang Dipertuan Agong

Corak pelaksanaan projek-projek di kawasan perbandaran yang sedang berkembang tidak memberi peluang yang wajar kepada suara penduduk tempatan. Perancangan selalunya datang terus dari pusat tanpa dirunding dengan teliti bersama masyarakat tempatan.

3. Kekurangan idea serius jauhkan belia dari berpersatuan