Monday, August 23, 2010

Isu khutbah Pulau Pinang timbulkan persepsi buruk orang bukan Islam.

KENYATAAN AKHBAR

Isu khutbah di beberapa masjid di Pulau Pinang yang kononnya telah meninggalkan Yang Dipertuan Agong dan digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang nampaknya menimbulkan impak yang tidak wajar terhadap suasana harmoni masyarakat Malaysia.

Beberapa perkara perlu diberi perhatian berkaitan isu ini.

1. Sangat tidak wajar perbincangan di media dibuat dengan tidak disertakan tindakan. Siapa sebenarnya khatib terlibat?. Apa kata-kata sebenar yang dikeluarkan dalam khutbah jelas tidak ada bukti satakat ini.

2. Sekiranya perkara ini memang bersalahan dengan undang-undang, tindakan mesti diambil beradasarkan saluran yang betul dan disegerakan.

3. Cara isu ini dimainkan oleh media menjadikan Islam dilihat buruk oleh orang bukan Islam. Benarkah berdoa untuk orang bukan Islam satu kesalahan?. Ini menjadikan orang terus menuduh Islam tidak boleh diharap dalam menolong orang lain. Islam agama tidak boleh dibuat kawan. Sekadar berdoa pun salah. Apa lagi bantuan dalam bentuk lain.