Saturday, September 18, 2010

SOALAN SIDANG OKTOBER 2010

1. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI KEWANGAN nyatakan jumlah bantuan kewangan yang ditarik balik selepas pemberian wang ehsan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah di negeri Kelantan.

2. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN TELEKOMUNIKASI nyatakan berdasarkan kajian pihak kementerian, apakah sebab sebenar masalah bekalan air bersih belum dapat diselesaikan sepenuhnya di negeri Kelantan.


4. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta PERDANA MENTERI nyatakan kes-kes jenayah dan pergaduhan yang dikategorikan berpunca dari masalah perkauman mengikut negeri-negeri sejak tahun 2000 hingga sekarang.

5. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENGANGKUTAN nyatakan adakah pihak kerajaan mempunyai mekanisme untuk mengukur jumlah kenderaan yang seharusnya berada di atas jalanraya bagi mengelakkan kesesakan, kemalangan dan malapetaka lain.

6. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUSAHAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI nyatakan adakah kerajaan bercadang memperkenalkan industri pertanian baru seperti sarang burung layang-layang (walit) bagi menggantikan industri tembakau dan kenaf yang kini kelihatan semakin berkubur.

7. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI nyatakan setelah kerajaan pusat mengakui wujudnya keluaran petroleum dalam kawasan Kelantan dengan pemberian wang ehsan, apakah program yang dirancang bagi membolehkan rakyat Kelantan menyertai industri berkaitan petroleum.

8. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR nyatakan jumlah kawasan hutan simpan minimab yang perlu ada bagi kestabilan eko-sistem di negara ini.

9. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN nyatakan rancangan bagi memulihkan rumah tinggal yang diakibatkan masalah pemilik seperti kematian tanpa waris, lari ke luar negara atau kes-kes lain.

10. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI nyatakan jumlah pelaburan untuk ternakan ikan (air tawar dan laut) serta jumlah pengeluaran yang dapat dihasilkan mengikut negeri-negeri di seluruh negara.

11. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PELAJARAN nyatakan program-program yang dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pelajar tercicir bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala buruk seperti dadah, lumba haram dan jenayah lain.

12. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI nyatakan

(a) adakah pihak Universiti Islam Antarabangsa mempunyai mekanisme bagi memantau pelajarnya yang terlibat dengan kegiatan yang bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

(b) Berdasarkan rekod, berapakah bilangan pelajar yang diambil tindakan berkaitan kesalahan berkaitan perkara ini.

13. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta PERDANA MENTERI nyatakan tindakan-tindakan yang pernah diambil terhadap pengurusan masjid dan surau kerana membenarkan orang bukan Islam melakukan perkara yang salah mengikut hukum syarak di masjid dan surau di bawah jagaan mereka.

14. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENERANGAN, KEBUDAYAAN DAN KOMUNIKASI nyatakan perkembangan cadangan mewujudkan saluran TV Islam di negara ini.

15. Tuan Haji Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI DALAM NEGERI nyatakan jumlah pegawai polis yang diambil tindakan kerana galal menyelesaikan kes akibat kecuaian semasa menjalankan tugas sejak tahun 2000 hingga sekarang.