Sunday, July 27, 2008

MAJLIS ISRAK MIKRAJ

Tarikh : 1 Ogos 2008
Masa: Lepas solat maghrib
Penceramah : Ustaz Fadzli bin Sulaiman (Qadhi Jajahan Pasir Puteh)
Tempat : Pejabat Urusan Parlimen Pasir Puteh

Monday, July 21, 2008

SOALAN PARLIMEN SIDANG OGOS

1. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI KEWANGAN nyatakan jumlah pegawai dan kakitangan kontrak (lantikan politik) yang dibiayai melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan.

2. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN TELEKOMUNIKASI nyatakan tarikh akhir yang diberikan kepada pihak berkuasa negeri-negeri untuk melaksanakan pengambilalihan aktiviti pembetongan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

4. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN nyatakan senarai persembahan-persembahan hiburan, khususnya persembahan hiburan tradisional yang didapati bercanggah dengan aqidah Islam.

5. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PENGANGKUTAN nyatakan langkah-langkah yang dianggap berjaya mengurangkan kemalangan jalanraya berdasarkan penilaian pihak kerajaan.

6. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUSAHAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI nyatakan insentif yang diberi kepada usaha memajukan industri ibu kayu sebagai tanaman ganti tembakau khususnya di negeri Kelantan.

7. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI nyatakan jumlah pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara serta bidang-bidang yang diterokai syarikat-syarikat terbabit.

8. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR nyatakan kedudukan tahap pencemaran sungai di negera ini serta nyatakan kaedah-kaedah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memulihara sungai-sungai yang dikategorikan sebagai tercemar.

9. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN nyatakan sejauhmana kenaikan kos dalam industri pembinaan akibat kenaikan mendadak harga bahan bakar berasaskan petroleum akan memberi kesan kepada proses penyediaan rumah kediaman kepada penduduk negara ini.

10. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI nyatakan jumlah kerugian akibat kebakaran bot-bot laut dalam yang berlaku di pelabuhan Tok Bali akhir Jun lepas.

Saturday, June 14, 2008

Soalan ADUN Selsing untuk sidang Ogos

PERSIDANGAN KALI YANG KE DUA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KE PERTAMA NEGERI NEGERI YANG KE DUA BELAS

SOALAN-SOALAN YANG DI KEMUKAKAN

UNTUK MENDAPAT JAWAPAN MULUT

YB.SAIFUL BAHRIN BIN MOHAMAD – ADUN SELISING

1. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan adakah wujud sebarang perbincangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi menyelaraskan proses pembangunan pelabuhan perikanan Tok Bali

2. Minta YAB Tuan Dato’ Menteri Besar nyatakan sejauhmana kejayaan program-program membantu membangunkan golongan armalah di negeri ini.

3. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan adakah kerajaan bercadang untuk mengemukakan permohonan rasmi supaya kerajaan persekutuan memansuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagaimana telah dilaksanakan di Sabah.

4. Minta YAB Tuan Guru Dato’ menteri Besar nyatakan adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan program-program anti maksiat untuk dilaksanakan di negeri-negeri lain di Malaysia khususnya yang di tadbir Pakatan Rakyat.

5. Minta YAB Tuan Guru Dato’ menteri Besar nyatakan langkah-langkah yang telah, sedang dan bakal di ambil kerajaan negeri dalam menghadapi kenaikan mendadak harga petrol dan diesel baru-baru ini.

PERSIDANGAN KALI YANG KE DUA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KE PERTAMA NEGERI NEGERI YANG KE DUA BELAS

SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN

UNTUK MENDAPAT JAWAPAN BERTULIS

YB.SAIFUL BAHRIN BIN MOHAMAD – ADUN SELISING

1. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan jumlah bantuan diberikan kepada anak-anak Yatim oleh agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

2. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan Jumlah pekerja asing yang bekerja di Kelantan bagi tahun 2006 dan 2007.

Soalan ADUN Semerak untuk sidang Ogos

PERSIDANGAN KALI YANG KE DUA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KE PERTAMA NEGERI NEGERI YANG KE DUA BELAS

SOALAN-SOALAN YANG DI KEMUKAKAN

UNTUK MENDAPAT JAWAPAN MULUT

YB.WAN HASAN WAN IBRAHIM – ADUN SEMERAK

1. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan sejauh mana perkembangan projek pembangunan pelancongan di kawasan Dalam Rhu, Pasir Puteh..

2. Minta YAB Tuan Dato’ Menteri Besar nyatakan adakah kerajaan program yang dirancang untuk menghadapi kemasukan pekerja (awak-awak) warganegara asing di pelabuhan perikanan Tok Bali.

3. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan adakah kerajaan bercadang mengadakan pusat kraf senjata tradisional selain balai senilukis sebagaimana diumumkan pihak kerjaan baru-baru ini..

4. Minta YAB Tuan Guru Dato’ menteri Besar nyatakan rancangan masa depan dalam memperkasakan institusi penghulu di negeri ini.

5. Minta YAB Tuan Guru Dato’ menteri Besar nyatakan apakah kerajaan mengenalpasti aktiviti-aktiviti ekonomi yang bakal dijalankan oleh bekas-bekas penanam tembakau..

PERSIDANGAN KALI YANG KE DUA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KE PERTAMA NEGERI NEGERI YANG KE DUA BELAS

SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN

UNTUK MENDAPAT JAWAPAN BERTULIS

YB.WAN HASAN BIN WAN IBRAHIM - ADUN SEMERAK

1. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan jumlah pasar malam, pasar minggu dan pasar tani serta bilangan peniaga yang terlibat di negeri ini.

2. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan bilangan nelayan pantai yang berlesen di negeri ini.

PAS Limbongan rep warded after chest pain

Sunday June 15, 2008

KOTA BARU: Another PAS state assemblyman has fallen ill, the third since the 12th general election was held in March.

Yesterday, Limbongan assemblyman Zainuddin Awang Hamat was admitted to the Raja Perempuan Zainab II Hospital for observation after complaining of discomfort in the chest.

A hospital spokesman said Zainuddin was being kept overnight for observation because he had a history of chronic ailments.

“Doctors would be conducting tests to determine the cause of his discomfort. He is now resting,” the spokesman said when contacted.

Last month, Deputy Mentri Besar Datuk Ahmad Yakop underwent emergency angioplasty at Hospital Universiti Sains Malaysia after complaining of chest pains.

Ahmad, the Wakaf Baru assemblyman, is currently on medical leave.

Just weeks after the March 8 election, newly elected Galas assemblyman Che Hashim Sulaima was seriously injured in a road mishap at Gua Musang. He is now on the mend after undergoing surgery.

Speculation, however, continues to abound about the health of Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat following surgery at the National Heart Institute in 2004.

Since then, Nik Abdul Aziz has to undergo routine medical check-ups which compels requires him to be warded.

Recently, Nik Abdul Aziz said his health has improved and that, he plans to continue in his role as mentri besar.

Saturday, May 17, 2008

Berita: Muslimat beri sumbangan besar kepada Pas

Pasir Puteh , 17 Mei - Muslimat PAS yang dikatakan memberi sumbangan yang cukup besar dalam parti itu dalam membantu kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum lalu diminta agar terus komited dalam perjuangan.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husain berkata beliau tidak menafikan peranan Muslimat PAS yang begitu penting bagi memastikan kerajaan negeri diterajui parti itu.

"Saya berharap agar Muslimat terus memperkemaskan perjuangan sehingga ke pilihan raya akan datang," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh Kali ke 35 di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh di sini semalam.

Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Pasir Puteh, Kalthom Othman.

Sebagai menghargai sokongan Muslimat, Muhammad dan pemimpin PAS setempat sedia memberi ruang kepada Muslimat untuk menilai pemimpin yang mereka pilih.

"Pemimpin mungkin terdedah kepada sikap megah dan lupa diri, rakyat yang menyokong perlu membetulkan keadaan sekiranya berlaku situasi terseut," tambah beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya berkata sambutan baik daripada Muslimat untuk mensyuarat agung kali ini jelas menggambarkan semangat perjuangan yang jitu.

Menurut beliau, semangat yang ditunjukkan Muslimat juga membantu PAS mencipta kejayaan dan semangat tersebut perlu berterusan sehingga ke pilihan raya akan datang.

"Saya minta kepada semua agar jangan leka dengan kemenangan yang dicapai kerana Allah boleh menarik balik kejayaan tersebut," jelas beliau.

Oleh itu, semua ahli parti perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengisi kejayaan tersebut dengan program yang selaras dengan dasar kerajaan negeri. - Sinar Harian Eidisi Timur.

Tuesday, May 13, 2008

KENYATAAN MEDIA

BANTAHAN TERHADAP CADANGAN UNIVERSITI MALAYA MOHON JUAL TANAH

Sebagaimana dilaporkan media (Utusan Malaysia – 20 Februari 2008) pihak Universiti mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk membangunkan tanah seluas 27.5 ekar (11 Hektar) dari keseluruhan tanah kampus utamanya seluas 900 ekar (360 hektar)

Tindakan ini perlu dibantah kerana tanah tapak Universiti Malaya merupakan lokasi strategik yang mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai.

Penjualan ini akan membawa implikasi berikut:

1. Menghilang dan menghakis peranan dan integriti universiti sebagai tempat membina intelektual kelas pertama.

2. Hilang fokus sebagai intitusi pendidikan dan akademik yang merupakan “core business” universiti.

3. Universiti Malaya tidak mengambil kira keperluan pelajar dan kakitangan akademik termasuk tempat kediaman pelajar yang terpaksa dibuang kolej akibat kekurangan tempat di kolej kediaman sedia ada.

4. Tindakan ini tidak menunjukkan kepekaaan universiti terhadap masalah kemerosoton “ranking” universiti di peringkat antarabangsa.

5. Universiti Malaysia semakin kehilangan kawasan untuk aktiviti pelajar dan lain-lain unit dalam dalam university seperti persatuan kakitangan, PALAPES dan persatuan Alumni.

Kenyataan bersama

MOHD NASIR ZAKARIA

(Ahli Parlimen Padang Terap, mantan Presiden PMIUM 1988-89)

MUHAMMAD HAJI HUSAIN

(Ahli Parlimen Pasir,Puteh mantan Presiden PMIUM 1983-84)

Friday, May 9, 2008

DRAF TEKS UCAPAN

1. 18 Tahun Kelantan didera Kerajaan Persekutuan

a) Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
b) Perlantikan struktur pentadbiran peringkat kampung dan daerah yang bertindih dengan pentadbiran kerajaan negeri
c) Pelaksanaan projek yang tidak melalui pengesyoran kepimpinan dan pentadbiran negeri sebaliknya didalangi oleh Umno.
d) Pelaksanaan projek melalui pemberian kontrak terus kepada kontraktor tanpa konsultasi pihak berkuasa negeri. Banyak kes terbengkalai tidak diselesaikan kerana pihak negeri dan PBT tidak dapat membuat pengawasan.
e) Projek pasang siap mahu dipaksakan - kes terbaru keluhan KEMAS yang gagal wujudkan kompleks aktiviti kononnya pihak negeri tidak kerjasama. Hakikatnya perancangan sesuatu projek dibuat secara misteri seolah-olah cuba disembunyi dari pihak kerajaan negeri.
f) Program kebajikan rakyat khususnya melalui kementerian pelajaran dijadikan alat politik Umno secara terang-terangan. Program penyampaian bantuan pelajar miskin dibuat oleh pemimpin Umno dan majlis-majlis seperti itu diperalatkan sepenuhnya seolah-olah program Umno dan bukan program kerajaan. Dalam kawasan saya sewaktu kempen pilihanraya baru-baru ini, hadiah kepada ibu bapa dibungkus dengan lambang dacing.

2. PBT dipinggir dalam menyelenggara proses urbanisasi

42. Globalisasi dan proses perbandaran merubah corak dan
perkembangan ekonomi, sosiobudaya serta sistem nilai dalam sesebuah
masyarakat. Usaha-usaha bagi menangani perubahan ini memerlukan
tindakan bersepadu dan komitmen semua pihak. Sehubungan ini,
Kerajaan Beta telah memulakan langkah yang tepat dan bijaksana untuk
melaksanakan Transformasi Kebajikan Masyarakat bagi meningkatkan
lagi keberkesanan sistem penyampaian kepada kumpulan sasar,
memperluaskan jangkauan ke peringkat akar umbi lantas memudahkan
proses integrasi mereka ke dalam masyarakat. - Sedutan titah SPB Yang Dipertuan Agong

Corak pelaksanaan projek-projek di kawasan perbandaran yang sedang berkembang tidak memberi peluang yang wajar kepada suara penduduk tempatan. Perancangan selalunya datang terus dari pusat tanpa dirunding dengan teliti bersama masyarakat tempatan.

3. Kekurangan idea serius jauhkan belia dari berpersatuan

Saturday, April 12, 2008

Maklumat Ahli Parlimen

~~ GAMBAR ~~


~~ MAKLUMAT ~~

Nama

Muhammad bin Husain, Y.B. Tuan

Jawatan dalam Kabinet

Tiada

Parti

PAS

Parlimen

P028

Kawasan

Pasir Puteh

No. Telefon

No. Fax

E-Mail
paspasirputeh@hotmail.com
Alamat Surat-menyurat