PERSIDANGAN KALI YANG KE DUA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KE PERTAMA NEGERI NEGERI YANG KE DUA BELAS
SOALAN-SOALAN YANG DI KEMUKAKAN
UNTUK MENDAPAT JAWAPAN MULUT
YB.WAN HASAN WAN IBRAHIM – ADUN SEMERAK
1. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan sejauh mana perkembangan projek pembangunan pelancongan di kawasan Dalam Rhu, Pasir Puteh..
2. Minta YAB Tuan Dato’ Menteri Besar nyatakan adakah kerajaan program yang dirancang untuk menghadapi kemasukan pekerja (awak-awak) warganegara asing di pelabuhan perikanan Tok Bali.
3. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan adakah kerajaan bercadang mengadakan pusat kraf senjata tradisional selain balai senilukis sebagaimana diumumkan pihak kerjaan baru-baru ini..
4. Minta YAB Tuan Guru Dato’ menteri Besar nyatakan rancangan masa depan dalam memperkasakan institusi penghulu di negeri ini.
5. Minta YAB Tuan Guru Dato’ menteri Besar nyatakan apakah kerajaan mengenalpasti aktiviti-aktiviti ekonomi yang bakal dijalankan oleh bekas-bekas penanam tembakau..
PERSIDANGAN KALI YANG KE DUA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KE PERTAMA NEGERI NEGERI YANG KE DUA BELAS
SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN
UNTUK MENDAPAT JAWAPAN BERTULIS
YB.WAN HASAN BIN WAN IBRAHIM - ADUN SEMERAK
1. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan jumlah pasar malam, pasar minggu dan pasar tani serta bilangan peniaga yang terlibat di negeri ini.
2. Minta YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar nyatakan bilangan nelayan pantai yang berlesen di negeri ini.
No comments:
Post a Comment